PELUANG MENANGI HADIAH TERKUMPUL SEHINGGA RM3,000 DENGAN #MILAGRORAYAGEMPAK

CARA – CARA PENYERTAAN :
Langkah 1 : Beli Baja Milagro daripada ejen-ejen Milagro seluruh Malaysia
Langkah 2: Ambil gambar/video kreatif anda bersama Milagro berlatarbelakangkan hasil tanaman anda
Langkah 3: Muat naik gambar/video di akaun Facebook peribadi anda sahaja beserta kapsyen “Saya pilih Baja Milagro sebagai penyeri raya kerana …” & hashtag #MilagroRayaGempak, #PastikanMilagro dan #BajaMilagro
Langkah 4 : Pastikan akaun Facebook anda berada dalam tetapan PUBLIC

Terma dan syarat:

Bagi menyertai peraduan #MilagroRayaGempak, anda mengaku dan bersetuju untuk menerima terma-terma dan syarat-syarat seperti berikut:

1. Peraduan ini dianjurkan oleh HMJ Biz Point Sdn. Bhd.

2. Penyertaan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan dan ahli keluarga terdekat HMJ Biz Point Sdn Bhd dan anak syarikat yang berkenaan.

3. Peraduan ini berlangsung daripada 13 Mei 2021 sehingga 28 Mei 2021 (“Tempoh Peraduan”).

4. Pihak Milagro berhak untuk melanjutkan, menamatkan atau menukarkan Tempoh Peraduan dan meminda terma dan syarat peraduan pada bila-bila masa tanpa memberikan notis terlebih dahulu. Hanya penyertaan yang dihantar melalui Facebook dengan menyertakan hashtag #MilagroRayaGempak, #PastikanMilagro dan #BajaMilagro akan diterima sebagai penyertaan peraduan yang sah.

5. Anda perlulah mengambil gambar bersama Baja Milagro tetapi setiap penyertaan perlu disertakan dengan gambar swafoto kreatif dan menggunakan kapsyen kreatif “Saya pilih Baja Milagro sebagai penyeri raya kerana…

6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Mei 2021 (Jumaat) [pihak HQ Milagro berhak untuk membuat pindaan tarikh daripada masa ke semasa].

7. Makluman pemenang akan diadakan pada 31 Mei 2021 (Isnin) di www.facebook.com/bajamilagro

8. Semua keputusan adalah muktamad dan sebarang pertikaian serta rayuan tidak akan dipertimbangkan.

9. Pemenang peraduan akan dihubungi oleh wakil HQ Milagro.

10. Semua hadiah adalah berupa wang tunai yang bernilai sehingga RM3,000. Hadiah ini akan diproses dalam tempoh tiga bulan selepas tamat tempoh peraduan. Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah wang tunai kepada baucar atau produk yang bernilai terkumpul sehingga RM3,000.

HADIAH :
PERTAMA : RM500
KEDUA : RM300
KETIGA : RM150
SAGUHATI x10 : RM50

11. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada pihak HQ Milagro bagi menerbit dan/atau memapar butiran dan/atau gambar pemenang untuk tujuan pengumuman pemenang, pengiklanan atau publisiti/pemasaran di media cetak dan elektronik tanpa sebarang bayaran royalti dan/atau pampasan kepada pemenang.

12. Segala perbelanjaan untuk menyertai peraduan ini, tuntutan hadiah dan/atau sebagainya adalah tanggungan peserta. Peserta bersetuju tanpa syarat untuk menanggung liabiliti mutlak dan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya terdapat sebarang kerugian, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan yang dialami atau timbul disebabkan penyertaan peserta dalam peraduan ini. Peserta juga bersetuju tidak akan menuntut sebarang bayaran dan ganti rugi daripada Penganjur.

Semoga Berjaya!


  • Anda ada kenal pemilik tanaman yang selalu ada masalah seperti :
    • Ada kebun berekar-ekar tapi hasil tanaman ciput.
    • Dah guna bermacam jenis baja tapi hasil tak memuaskan.
    • Buah taknak lekat? Pokok dah bertahun takde hasil.


Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest
Scroll to Top