TANAM BERSAMA BAJA MILAGRO
Tips Penanaman

Begini Caranya Tanam Terung Dengan Mudah Dan Senang Untuk Mengeluarkan Hasil Yang Banyak…

 

Terung atau nama saintifiknya dikenali sebagai Solanum Melongena ini merupakan sayuran buah yang dipercayai berasal dari negara Sri Langka dan India. Tapi sekarang pokok terung ditanam diseluruh dunia termasuklah di Malaysia dengan pelbagai jenis. Buah terung mempunyai bermacam warna seperti ungu, hijau keputihan, ungu gelap, hijau berbelang ungu dan lain-lain.

Sangat mudah untuk menanam terung ni sebab kaedahnya yang pertama adalah menggunakan biji benih yang boleh didapatkan daripada kedai-kedai pertanian. Boleh juga mendapatkan benih terung daripada buah terung yang telah matang/tua. Caranya belah terung yang matang dan asingkan benihnya serta keringkan di bawah sinaran matahari atau biarkan terdedah dengan haba di kawasan terlindung dan selamat.

Boleh juga menggunakan kaedah tradisional dengan membelah 4 secara memanjang dari hujung buah hingga ke pangkal tangkai buah terung. Tetapi tidak dibelah secara terpisah. Sangkutkan buah terung yang matang/tua di tempat yang selamat dan masih terkena haba bagi membolehkannya kering secara perlahan-lahan. Sesudah kering bolehlah terus menyemai bersama benih dan buah yang kering itu, tidak perlu diasingkan Benih dan buah yang telah kering.

Jika menggunakan biji benih perlulah disemai terlebih dahulu diatas tray semaian atau bekas-bekas semaian yang mudah didapati.

 Antara bahan media yang boleh dicuba untuk menyemai benih terung ialah:
 
1. Media campuran dengan nisbah 2:1:1 di mana 2 bahagian untuk tanah hitam/lom, 1 bahagian untuk pasir sungai dan 1 bahagian untuk kompos. Penjelasannya ialah anda boleh menggunakan apa-apa bekas untuk menyukatnya seperti gelas atau tin kecil. Maksudnya nisbah 2:1:1 ini mewakili masing-masing dengan 2 gelas tanah lom/hitam. 1 gelas pasir sungai dan 1 gelas kompos. Gaulkan ketiga-tiga campuran tersebut dan anda boleh menggunakannya.
2. Tanah kebun yang dicampurkan dengan kompos.
3. Cocopeat/sabut kelapa yang digiling halus yang dicampurkan dengan kompos dan sedikit pasir.
4. Peat-moss atau lumut gambut yang boleh dibeli di kedai.
5. Topsoil atau tanah atas yang bokeh dibeli di kedai.
 
Selepas 2 minggu atau 3 minggu, benih terung sudah boleh dialihkan ke batas. Siram anak benih pokok terung terlebih dahulu untuk mudah dicabut. Pembajaan boleh dilakukan selepas 2 minggu anak pokok dialihkan di atas batas. Tabur baja di setiap pokok terung dengan anggaran 3 sudu besar.
Buah terung sudah boleh dituai selepas 1 bulan setengah hingga 2 bulan. Petik buah terung yang matang dengan melihat kulit buahnya yang berkilat

Artikel Lain

Scroll to Top