TANAM BERSAMA BAJA MILAGRO
Tips Penanaman

Rumput Tiruan Penyeri

Minggu ini tips dekorasi ingin berkongsi mengenai langkah mudah memasang rumput tiruan di balkoni. Dah nak puasa ni kejap lagi nak raya pulak. Haa pasti meriah balkoni rumah anda selepas dihiasi oleh rumput hiasan ini waktu hari raya nanti. Walaupun hanya hiasan namun ia mampu menenangkan sesiapa sahaja yang memandangnya. Bukan sahaja sesuai diletakkan di balkoni malah boleh diletakkan di halaman rumah sebagai penghias laman.

 
 
Haa sedap jee kan mata memandang bila ada rumput hijau seperti ini lagi-lagi kalau dihiasi dengan tanaman😍. Jom saya kongsikan cara pemasangan rumput tiruan ini.
 
 
  1. Kenal pasti ruang yang hendak di pasang dan pastikan ia sesuai untuk pemasangan rumput tiruan.
  2. Bersihkan kawasan yang hendak diletakkan rumput tiruan daripada sebarang kotoran. Alihkan barangan yang terdapat di ruangan tersebut.
  3. Ukur ruang balkoni anda ataupun ruang laman anda dan membuat ukuran yang tepat menggunakan pita pengukur.
  4. Bentangkan rumput tiruan memenuhi ruangan yang telah ditetapkan. Potong lebihan rumput tiruan menggunakan pisau pemotong
  5. Untuk mencantikkan lagi ruang balkoni anda letakkan batu putih seperti batu sungai di sepanjang sudut balkoni dan boleh letakkan bunga-bunga yang berkenan di hati.
Scroll to Top