Baja Milagro Premium

Baja Milagro Premium adalah baja organik berkualiti tinggi yang dihasilkan berasaskan bahan organik iaitu tinja ayam penelur dan habuk kayu serta ditambah dengan Smart Enzyme 2.0. Penghasilan produk baja organik ini melalui Smart Technology iaitu Rapid Thermophilic Aerobic Digestion Technology (RTADT) yang mampu menghasilkan baja dalam tempoh kurang dari satu hari. Smart Enzyme 2.0 yang terdapat di dalam Baja Milagro Premium adalah formulasi terbaharu yang ditambahbaik hasil kerjasama di antara pihak syarikat Hj. Mat Hj. Jantan Sdn. Bhd. dan pihak penyelidik dari Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Bahan mentah

1. Tinja Ayam Penelur

    • Mempunyai kandungan nutrien yang tinggi berbanding tinja ayam daging
    • Mudah didapati dan harga yang lebih murah berbanding tinja lain
    • Tiada pencemaran logam berat yang berbahaya (yang datang daripada suntikan hormon pembesar ayam)

2.Habuk Kayu

    • Digunakan sebagai agen penggumpal dalam penghasilan baja organik dengan bertindak sebagai penyerap kelembapan dan pengudaraan semasa proses penghasilan Baja Milagro Premium.
    • Pemilihan jenis habuk kayu iaitu jenis habuk kayu hutan yang tidak terawat dilakukan bagi memastikan kualiti agen penggumpal yang digunakan adalah yang berkualiti tinggi.

3. Smart Enzyme 2.0

    • Mengandungi mikrob bermanfaat seperti Bacillus subtilis, Bacillus tequilensis dan mikrob bermanfaat yang lain
    • Mampu beroperasi pada suhu tinggi iaitu lebih 65°C untuk mencerna bahan organik kepada nutrien dalam masa singkat

Nutrien

    • Tumbuhan memerlukan 12 nutrisi untuk tumbesaran. Nutrisi untuk pokok boleh dipecahkan kepada tiga kategori iaitu makronutrien utama, makronutrien sekunder dan mikronutrien.
Kategori Nutrient / Elemen
Makronutrien utama Nitrogen (N), Fosforus (P), Pottasium (K)
Makronutrien sekunder Sulfur (S), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg)
Mikronutrien Boron (B), Kuprum (Cu), Zink (Zn), Besi (Fe), Molibdenum (Mo), Mangan (Mn)

Asid Amino

    • Asid amino mempunyai peranan yang sangat pelbagai dan penting dalam tumbuhan. Selain menjadi blok binaan untuk enzim dan protein, asid amino merupakan komponen utama dalam jentera sel. Tambahan pula, asid amino berfungsi sebagai prekursor atau penderma nitrogen untuk sintesis pelbagai jenis sebatian yang penting untuk pembangunan tumbuhan termasuk nukleotida, klorofil, hormon dan metabolit sekunder. Tumbuhan boleh mengambil asid amino terus dari tanah atau mengasimilasikan nitrogen tak organik seperti nitrat dan ammonium ke dalam asid amino.

1. Fungsi asid amino terhadap tanaman

    • Meningkatkan fotosintesis dan metabolisme pada tumbuhan
    • Meningkatkan kadar pendebungaan dan pembentukkan buah
    • Mengatasi tekanan abiotik dan biotik pokok
    • Berperanan sebagai agen pengkelatan untuk penyerapan mikronutrisi oleh pokok

Terdapat 18 jenis asid amino yang ditemui dalam Baja Milagro Premium berdasarkan analisis makmal yang dijalankan iaitu:

Aspartate Leucine Arginine
Glutamate Alanine Lysine
Serine Tyrosine Asparagine
Histidine Valine Glutamine
Glycine Phenylalanine Proline
Threonine Isoleucine L-4-Hydroxyproline

Metabolit Sekunder

    • Metabolit sekunder (secondary metabolite) merupakan satu sebatian kimia organik yang terhasil daripada proses penapaian atau pencernaan baja organik. Terdapat pelbagai jenis metabolit sekunder dalam dunia pertanian dan metabolit sekunder yang terbentuk pula dipengaruhi oleh jenis bakteria yang digunakan dalam proses pencernaan untuk menghasilkan sesuatu baja organik . Bentuknya yang kompleks dan mempunyai banyak cabang reaktif dan kelompok berfungsi (functional group) menjadikan metabolit sekunder mampu untuk menghasilkan pelbagai fungsi yang spesifik kepada pokok mengikut keperluan dan jenis fungsi yang diperlukan.

1. Jenis-jenis metabolit sekunder yang ditemui di dalam Baja Milagro Premium adalah seperti berikut:

    • Asid humik
    • Sebatian sterol
    • Sebatian fenol

a) Asid humik

Asid humik merupakan satu sebatian biokimia yang terhasil daripada proses penguraian bahan organik yang lengkap. Oleh kerana bentuknya yang kompleks dan mengandungi pelbagai cabang reaktif, asid humik tidak dapat dikelaskan mengikut mana-mana pengkelasan kumpulan sebatian kimia.

Asid humik mudah dilarutkan pada pH yang bersifat alkali (nilai bacaan pH melebihi tujuh) tetapi tidak larut pada pH bersifat asid (nilai bacaan pH kurang daripada tujuh). Kehadiran kalsium oksida di dalam Baja Milagro Premium yang diperoleh daripada tinja ayam

penelur serta penggunaan teknologi pencernaan RTADT dalam penghasilan baja mampu meninggikan nilai bacaan pH baja ke tahap alkali dan sekali gus mampu melarutkan asid humik. Asid humik yang larut dapat digunakan oleh pokok dan tanah secara efisien.

Di antara fungsi asid humik kepada pokok dan tanah dalam pertanian adalah seperti berikut:

    1. Bertindak sebagai pengikat logam berat dan bahan kimia di dalam tanah
      • Konformasi asid humik yang kompleks dan banyak kelompok berfungsi mampu bertindak sebagai pengikat logam berat dan bahan kimia yang terdapat di dalam tanah kepadanya
      • Hal ini dapat merawat masalah tanah yang tercemar daripada sisa industri
      • Dalam pada masa yang sama dapat mengurangkan risiko keracunan pokok terhadap bahan-bahan kimia dan logam berat tersebut
    2. Bertindak sebagai sumber mikronutrien kepada pokok
      • Kandungan asid humik yang kompleks berserta fungsinya sebagai agen pengkelatan logam berat dapat meningkatkan lagi sumber mikronutrien yang boleh diserap oleh pokok
      • Mikrob bermanfaat yang terdapat dalam Baja Milagro Premium membantu dalam mengubah komposisi sebatian asid humik kepada nutrisi yang selamat digunakan oleh pokok
    3. Memperbaiki struktur tanah
      • Kehadiran asid humik (yang juga dikenali sebagai humus) mampu memperbaiki struktur tanah dengan memastikan nutrisi dan sebatian biokimia yang lain tidak bertukar menjadi garam (dalam bentuk pepejal) yang boleh menyebabkan tanah menjadi keras
      • Bahan humik memperbaiki struktur tanah melalui peningkatan kapasiti pegangan air, ketersediaan nutrien (elakkan larut lesap nutrien), lekatan, kepadatan dan mikroorganisma dalam tanah
    4. Meningkatkan hasil tanaman secara keseluruhan
      • Kemampuan penyerapan asid humik pada sekeliling akar dan tanah bagi memastikan bahan ini akan memenuhi setiap sudut tanah dan akar pokok. Ditambah dengan kehadiran mikrob bermanfaat, setiap bahagian akar menerima kadar nutrisi yang optimum untuk pertumbuhan pokok dan memastikan nutrisi yang sedia ada pada baja dan tanah tidak larut lesap.
    5. Mampu berubah/menjadi metabolit sekunder yang lain mengikut kepada keperluan dan kehadiran mikrob bermanfaat di sekelilingnya
      • Konformasi asid humik yang kompleks dan banyak kelompok berfungsi mampu memastikan pelbagai jenis metabolit sekunder yang dihasilkan oleh mikrob bermanfaat mencetus penghasilan hormon di dalam pokok.

b) Sebatian sterol

    1. Memberi ketahanan pokok daripada tekanan abiotik
      • Sterol atau fitosterol merupakan satu sebatian kolesterol yang mempunyai hubungan simbiosis kepada sel membran pokok. Sebatian ini bertindak sebagai pengawal ketelapan sel membran dengan menstabilkan kekuatan dan mengawal kemasukan bahan-bahan ke dalam sel membran.
      • Sterol mampu meningkatkan jaringan pegangan antara sel membran dengan meningkatkan ketahanan kepada suhu yang tinggi dan perubahan suhu yang melampau.
      • Keadaan ini sekali gus mampu bertindak sebagai pelindung daripada keadaan yang tidak kondusif seperti masalah terlebih air seperti musim hujan dan banjir.
    2. Memberi kesan kepada aktiviti tindak balas protein
      •  Kehadiran fitosterol memberi kesan kepada tindak balas dan interaksi antara sebatian kimia dan enzim serta protein yang terdapat di luar sel membran. Fitosterol berfungsi dalam menentukan pengkadaran masuk dan keluar sesuatu unsur dan sebatian ke dalam sel pokok.
      • Kebaikannya adalah fitosterol membantu pokok untuk hidup di kawasan yang keasidan tinggi seperti tanah masam dan sekali gus dapat meningkatkan daya tahan pokok kepada serangan kimia yang berlebihan.

c) Sebatian fenol

    1. Memberi ketahanan pokok kepada serangan kulat dan bakteria.
      • Mempunyai keistimewaan kepada antikulat, antibacteria, antikanser dan anti-oksidan kepada pokok.
      • Kelebihan semula jadi sebatian fenol ini memberi kesan secara langsung kepada sel membran pokok daripada serangan patogen dan bakteria dengan merencatkan penghasilan biofilem patogen tersebut kepada sel pokok.
    2. Mikrob Bermanfaat
      • Kelebihan utama Baja Milagro Premium adalah jumlah kandungan mikrob bermanfaat telah dipertingkatkan kepada 1.5 hingga 2 juta koloni bagi setiap satu gram. Selain itu, Baja Milagro Premium bukan sahaja mengandungi Bacillus subtilis, malah penambahan mikrob bermanfaat Bacillus tequilensis dalam Baja Milagro Premium juga merupakan formulasi terbaharu hasil kerjasama dengan pihak penyelidik UPM.
    3. Fungsi-fungsi mikrob bermanfaat ini adalah seperti berikut:
      • Membantu mempercepat proses penghasilan Baja Milagro Premium dalam masa satu hari sahaja berbanding kaedah konvensional penghasilan baja organik yang mengambil masa sehingga tiga ke enam bulan 
      • Berperanan sebagai pengawal atur nutrisi dalam baja dengan memastikan penggunaan nutrisi di dalam baja dan tanah yang diperlukan pokok sentiasa berada pada tahap optimum
      • Membantu mengurangkan masalah larut lesap serta terkurang atau terlebih penggunaan baja
      • Membantu memberi perlindungan kepada akar pokok daripada serangan biotik dan abiotik
      • Memperbaiki struktur tanah dan meningkatkan tahap kesuburan tanah 
      • Meneutralkan pH tanah
      • Merawat masalah tanah yang rosak atau tercemar
      • Meningkatkan penghasilan metabolit sekunder yang diperlukan oleh pokok
      •  Meningkatkan kadar penyerapan nutrisi dengan menukarkan nutrisi yang tidak boleh diserap oleh pokok kepada bentuk yang boleh digunakan oleh pokok

Ciri-ciri Produk

Ciri-ciri produk boleh dilihat pada aspek bungkusan, fizikal dan kimia.

Aspek Parameter
Bungkusan
  • Berat bersih adalah 1 kilogram

  • Berwarna hitam dan hijau gelap

  • Mempunyai zip lock

  • Mempunyai kod bar

  • Mempunyai lubang-lubang kecil

  • Mempunyai aplikasi realiti terimbuh (augmented reality)
  • Fizikal
  • Berbentuk serbuk

  • Berwarna coklat gelap

  • Mempunyai bau
  • Kimia
  • Nilai pH 7 hingga 8

  • Mengandungi nutrien lengkap dan asid amino

  • 99.9% bebas patogen (rujuk MS1517:2012)

  • Mengandungi metabolit sekunder

  • Kandungan nitrogen adalah 2.0%

  • Kandungan fosforus adalah 4.6

  • Kandungan kalium adalah 3.6%

  • Kandungan bahan organik melebihi 50%

  • Kandungan asid humik adalah melebihi 5%

  • Kandungan kelembapan adalah di antara 17%

  • Nisbah karbon (C) kepada nitrogen (N) adalah 20 kepada 1
  • Kelebihan Baja Milagro Premium

      1. Meningkatkan kadar kelembapan media atau tanah
      2. Mempunyai mikrob bermanfaat yang berperanan sebagai:
        • Meningkatkan kadar penyerapan nutrisi
        • Meningkatkan daya tahan pokok terhadap tekanan abiotik dan biotik
        • Meningkatkan kadar kesuburan tanah
        • Memanjangkan akar pokok
        • Meneutralkan pH tanah
      3. Memperbaiki tahap keasidan
      4. Keberkesanan boleh dilihat seawal tiga hingga lima hari

    Kadar Penggunaan

    Jenis tanaman Kadar penggunaan / Elemen Kadar penggunaan
    Bunga 1 hingga 2 sudu 2 minggu sekali
    Sayur berdaun 10 sudu setiap 1 m2
    2 sudu setiap 1 pasu
    Sayur berdaun
    Sayur berbuah 1 hingga 2 sudu 2 minggu sekali
    Tanaman kontan 4 hingga 10 sudu Sebulan sekali
    Pokok buah-buahan (kurang 3 tahun) 0.5 hingga 1 kg setiap pokok 3 bulan sekali
    Pokok buah-buahan (lebih 3 tahun) 1 hingga 2 kg setiap pokok 3 bulan sekali

    Keselamatan Produk

    Baja Milagro Premium adalah selamat digunakan kerana 99.99% bebas patogen. Produk ini juga memperoleh lesen untuk menggunakan tanda pensijilan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) kerana telah mematuhi keperluan dalam standard MS1517:2012. Nombor lesen yang dikeluarkan pada 17 Ogos 2022 adalah PC011872. Di antara parameter yang dikawal dari segi kualiti supaya sentiasa mencapai standard pensijilian SIRIM MS1517:2012 adalah nilai NPK, saiz partikel, kandungan lembapan, kandungan bahan organik, kandungan nutrien, nisbah karbon kepada nitrogen, nilai maksimum yang dibenarkan untuk logam berat dan penilaian patogen.

    Perbandingan antara baja milagro dan baja milagro premium

    Perbezaan di antara Baja Milagro dan Baja Milagro Premium adalah seperti berikut:

    Perkara Baja Milagro Baja Milagro Premium
    Jumlah koloni bakteria
    (setiap 1 gram baja)
    40000 hingga 100000 1.5 hingga 2 juta
    Warna Hitam Coklat gelap
    Jenis mikrob bermanfaat Bacillus subtilis Bacillus subtilis
    Bacillus tequilensis
    Kesan penggunaan Sehingga 7 ke 14 hari Seawal 3 ke 5 hari
    Tekstur baja Sedikit kasar Halus

    Di antara kelebihan tambahan Baja Milagro Premium berbanding Baja Milagro adalah:

    1. Mempunyai jumlah koloni mikrob bermanfaat yang jauh lebih banyak supaya dapat membantu pokok dalam penyerapan nutrisi dengan lebih baik. Dengan kata lain, pokok dapat menerima nutrisi yang diperlukan dengan lebih cepat dan sekali gus menyebabkan hasil kesan penggunaan dapat dilihat dalam masa beberapa hari sahaja.
    2. Bacillus tequilensis yang terdapat dalam baja menghasilkan biofilem yang mengandungi eksopolisakarida dalam bentuk cecair untuk melindungi akar pokok. Hal ini membantu dalam meningkatkan ketahanan pokok daripada tekanan biotik dan abiotik serta pada masa yang sama meningkatkan kadar kelangsungan hidup pokok.
    3. Bacillus tequilensis juga berperanan dalam membantu penyediaan nutrisi. B. tequilensis adalah sejenis mikrob pengikat nitrogen dan mampu melarutkan fosforus organik yang berstruktur kompleks kepada fosforus yang mudah diserap oleh pokok. Selain itu, mikrob bermanfaat ini juga membantu mengubah komposisi sebatian asid humik kepada nutrisi yang selamat digunakan oleh pokok.

    Milagro Premium Fertilizer

    See other products

    Advantages of Milagro Premium fertilizer

    containts complete nutrients & Amino acid

    soil PH neutralizer

    Increase plant tolerance

    99.9% pathogen-free (ms1517:2012)

    contain secondary metabolities (sterol,phenol & humic acid)

    The impact of improvements on crops as early as three days

    Includes all 12 necessary nutrients and amino acid for tree growth

    Contains beneficial bacteria that aid in protecting plants, particularly the roots.

    Contains a “Secondary Metabolite” that gives the tree resistance to stress

    Construct  double protection 

    Increase the rates of tree tolerance

    Helps immediately balance the pH of soil

    We’re here to serve your needs

    follow us for more