Follow us

Milagro Matado

Milagro Matado 2.0 merupakan produk kawalan serangga organik yang mengandungi bahan bioaktif hasil ekstrak tumbuhan iaitu biji semambu (Azadirachta indica), daun kaduk (Piper sarmentosum) dan ekstrak minyak lavender. Kajian formulasi Milagro Matado 2.0 menggunakan konsep teknologi nanoemulsi telah dijalankan selama lima tahun oleh penyelidik dari Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan telah diuji secara kajian lapangan dalam skala yang besar pada tanaman terung, sawah padi dan cili kulai. Keberkesanan formulasi Milagro Matado 2.0 ini dapat dilihat ke atas serangga perosak seperti ulat bulu, larva kumbang kura-kura, kumbang kura-kura, afid dewasa, bena putih, lelompat daun, ulat beluncas dan belalang melalui kajian lapangan yang telah dijalankan pada tanaman terung dan cili kulai. Bagi kajian lapangan yang dijalankan terhadap sawah padi, Milagro Matado 2.0 berkesan terhadap bena perang dan ulat pelipat daun.

Bahan mentah

1. Biji Semambu

  • Azadirachta indica atau biji semambu dipilih sebagai bahan dalam Milagro Matado 2.0 kerana keberkesanan tanaman ini dalam mengawal serangan serangga perosak dalam pertanian telah dibuktikan melalui kajian penyelidikan [67]. Berdasarkan kajian penyelidikan dan artikel jurnal yang telah diterbitkan [68], bahan metabolit sekunder yang terdapat dalam biji semambu yang dikenali sebagai azadirachtin boleh bertindak sebagai antimakan, pemandulan dan penghalau serangga perosak. Di samping itu, bahan mentah yang berasaskan biji semambu ini boleh didapati dengan mudah dalam kuantiti yang banyak.

2. Daun Kaduk

    • Piper sarmentosum atau daun kaduk dipilih sebagai bahan dalam Milagro Matado 2.0 kerana membantu mempercepat kesan tindak balas yang dihasilkan oleh biji semambu. Menurut beberapa kajian [69], hasil metabolit sekunder yang diekstrak daripada daun kaduk menggunakan heksana mempunyai fungsi dalam aktiviti pembunuhan larva dan serangga perosak simpanan [70]. Serangga simpanan perosak adalah serangga yang merosakkan hasil tanaman secara tersembunyi dan secara terus seperti larva lalat buah dan larva kumbang. Kedua-dua larva ini merosakkan buah melalui serangan dari dalam.

3. Ekstrak minyak lavender

    • Ekstrak minyak lavender merupakan bahan tambahan yang memberikan bau yang wangi dalam produk ini. Wangian lavender ini mampu menarik perhatian serangga bermanfaat seperti lebah yang bertindak sebagai agen pendebungaan pada tanaman.

Teknologi Nanoemulsi

Nanoemulsi merupakan gabungan daripada dua perkataan iaitu nano dan emulsi. Nano merujuk kepada partikel yang bersaiz nano iaitu di antara 200 hingga 500 nm manakala emulsi merujuk kepada jenis formulasi yang dihasilkan daripada tiga jenis komponen iaitu surfaktan, minyak dan air. Pencampuran komponen ini memerlukan kaedah pembinaan diagram tiga fasa. Setelah mendapat titik optimum daripada kaedah tersebut maka terhasillah formulasi Milagro Matado 2.0.

Nanoemulsi juga telah dibangunkan secara meluas untuk meningkatkan keterlarutan dan kapasiti penyebaran biopestisid melalui penyebaran ke dalam dua fasa cecair. Nanoemulsi boleh menawarkan beberapa kelebihan kepada perumusan minyak pati seperti peningkatan dalam keterlarutan air, kadar pembubaran dan keseragaman serakan. Milagro Matado 2.0 dihasilkan melalui proses ini, campuran Milagro Matado adalah daripada ekstrak semambu dan kaduk serta surfaktan dan minyak berasaskan tumbuhan.

Cara Tindak Balas

Merujuk kepada cara tindak balas dalam Insecticide Resistance Action Committee (IRAC), cara produk ini bertindak balas dalam mengawal serangan serangga perosak adalah cara tindak balas yang tidak spesifik (unknown, uncertainty atau non-specific).

Cara tindak balas tidak spesifik yang dimaksudkan adalah semburan Milagro Matado 2.0 boleh memberi kesan terhadap serangga sama ada pada sistem saraf, otot serangga, sistem pencernaan, sistem pertumbuhan atau kesemuanya sekali. Setiap serangga yang terkena semburan mengalami simptom dan kesan yang berbeza. Hal ini yang disebut sebagai cara tindak balas yang tidak spesifik terhadap serangga perosak.

Kelebihan cara tindak balas ini adalah menjadikan serangga perosak tidak boleh rintang terhadap semburan Milagro Matado 2.0. Berlainan pula bagi racun sintetik atau kimia kerana racun sintetik mempunyai cara tindak balas yang tetap. Sebagai contoh, sekiranya cara tindak balas yang tetap sesuatu racun sintetik adalah menyerang sistem pernafasan, kesemua serangga perosak yang terkena semburan racun sintetik tersebut akan mengalami kesan yang sama.

Walau bagaimanapun, penggunaan berulang racun sintetik yang sama untuk mengawal serangga perosak boleh menyebabkan perubahan yang tidak diingini dalam kumpulan gen serangga perosak. Apabila racun sintetik mula digunakan pada tanaman atau tapak rawatan, sebahagian kecil daripada populasi serangga perosak mungkin terselamat daripada pendedahan racun sintetik tersebut kerana susunan genetiknya. Serangga perosak yang terselamat ini boleh mewariskan genetik yang mampu rintang terhadap semburan racun sintetik yang sama kepada generasi serangga perosak yang seterusnya. Menurut Sparks et. al, kebanyakan spesies perosak utama yang memberi kesan kepada tanaman utama dan kesihatan manusia telah membangunkan ketahanan terhadap banyak racun serangga yang ada sejak pengenalan racun serangga organik sintetik kira-kira 75
tahun yang lalu. Akibatnya, formulasi racun sintetik ini perlu sentiasa diperbaharui dan dinaik taraf.

Berbeza dengan produk kawalan serangga yang berasaskan ekstrak tumbuhan, formulasinya tidak perlu diubah. Semburan produk ini turut memberi kesan kepada generasi serangga perosak yang akan datang kerana boleh menyebabkan telur serangga perosak tidak menetas. Sekiranya telur tersebut menetas, serangga tersebut adalah abnormal atau cacat.

Ciri-ciri Produk

Ciri – ciri produk boleh dilihat pada aspek bungkusan, fizikal dan kimia.

Aspek Parameter
Bungkusan
  • Botol lutsinar 500 ml dan mempunyai picu

  • Penutup botol yang lebih kukuh

  • Maklumat produk pada pelekat beserta logo UPM

  • Ciri-ciri keselamatan pada muncung botol

  • Produk sedia guna yang tidak perlu dibancuh
  • Fizikal
  • Bersifat cecair

  • Tidak berwarna dan tidak berseladak
  • Kimia
  • Mempunyai bau aroma terapi
  • Kelebihan Milagro Matado

        • Mendapat pengiktirafan SIRIM untuk Racun Kelas 5
        • Hasil kerjasama bersama Universiti Putra Malaysia (UPM)
        • Penghasilan melalui teknologi nanoemulsi
        • Formulasi yang lebih stabil
        • Tidak memberikan kesan buruk kepada kesihatan pengguna
        • Berbau wangian lavender yang boleh menarik perhatian serangga bermanfaat
        • Kadar kehadiran serangga perosak berkurangan dalam tempoh lima hingga sepuluh hari

    Kaedah Penggunaan

        • Kadar penggunaan Milagro Matado 2.0 pada tanaman adalah dengan kepekatan 350 ml pati
          bagi setiap satu hektar kawasan. Kaedah aplikasi untuk penggunaan Milagro Matado 2.0
          adalah dengan cara semburan. Disarankan untuk membuat semburan Milagro Matado 2.0
          apabila terdapat sekurang-kurangnya lima ekor serangga perosak. Arahan penggunaan produk
          sedia guna Milagro Matado 2.0 mengikut saranan pada pelekat botol.
          1. Laraskan mata muncung botol
          2. Semburkan kepada bahagian pokok terutama pada bahagian bawah daun
          3. Ulang semula semburan setiap seminggu sekali

    Keselamatan Produk

    Milagro Matado 2.0 boleh diklasifikasikan sebagai selamat digunakan. Hal ini disebabkan bahan aktif dan bahan lengai yang digunakan dalam penghasilannya adalah menggunakan ekstrak tumbuh-tumbuhan dan stabil. Kadar keracunan Milagro Matado 2.0 terhadap serangga jenis penghisap adalah 11 – 31 ppm. Produk ini telah memperoleh pengikitirafan Racun Kelas 5 untuk ujian ketoksikan di bawah Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan sedang dalam proses pendaftaran di Lembaga Racun Makhluk Perosak. Tarikh luput bagi Milagro Matado 2.0 ialah tiga hingga lima tahun.

    Perbandingan antara milagro matado dan milagro matado 2.0

    Kedua-dua produk Milagro Matado dan Milagro Matado 2.0 merupakan produk kawalan serangga organik. Namun begitu, terdapat perbezaan ketara bagi keduanya. Perbezaan ini boleh dilihat dalam jadual berikut:

    Parameter Milagro Matado Milagro Matado 2.0
    Bahan mentah
  • Azadirachta indica (biji semambu)
  • Allium sativum (bawang putih)
  • Gula perang
  • Cuka
  • Azadirachta indica (biji semambu)
  • Piper sarmentosum (daun kaduk)
  • Ekstrak minyak lavender
  • Kerjasama Tiada Universiti Putra Malaysia
    Proses Penapaian Teknologi nanoemulsi
    Kestabilan Tidak stabil Stabil, jangka hayat 2 – 3 tahun
    Pengiktirafan SIRIM bagi ujian ketoksikan Tiada Racun Kelas 5

    Advantages of Milagro Premium fertilizer

    containts complete nutrients & Amino acid

    soil PH neutralizer

    Increase plant tolerance

    99.9% pathogen-free (ms1517:2012)

    contain secondary metabolities (sterol,phenol & humic acid)

    The impact of improvements on crops as early as three days

    Includes all 12 necessary nutrients and amino acid for tree growth

    Contains beneficial bacteria that aid in protecting plants, particularly the roots.

    Contains a “Secondary Metabolite” that gives the tree resistance to stress

    Construct  double protection 

    Increase the rates of tree tolerance

    Helps immediately balance the pH of soil

    MATADO

    See other products

    Advantages Of Milagro Matado

    Inhabits reproduction of next generation insects

    Does not damage crops & environment

    Effective for controlling pets

    Made of 100% organic materials

    Contains a “Secondary Metabolite” that gives the tree resistance to stress

    The impact of improvements on crops as early as three days

    Contains beneficial bacteria that aid in protecting plants, particularly the roots.

    Includes all 12 necessary nutrients and amino acid for tree growth

    We’re Here To Serve Your Needs

    follow us for more