Follow us

Baja Milagro Premium

Baja Milagro Premium merupakan baja organik yang berasaskan tinja ayam penelur,habuk kayu dan Smart Enzyme 2.0.

Baja Milagro Premium sesuai digunakan untuk semua jenis pokok yang menggunakan tanah sebagai medium tanaman.

Terdapat empat langkah mudah untuk menggunakan Baja Milagro Premium. Langkah pertama adalah siram media tanaman dan biarkan air meresap terlebih dahulu. Kemudian, gembur media tanaman dengan membuat lubang atau longkang. Seterusnya, tabur Baja Milagro Premium ke dalam lubang tersebut. Akhir sekali, kambus semula lubang tersebut dengan media tanaman.

Kualiti Baja Milagro Premium tidak akan berkurang kerana baja ini boleh disimpan sehingga tiga tahun.

Baja Milagro Premium mengandungi mikrob baik yang bermanfaat kepada tanah dan tanaman. Oleh itu, bungkusan Baja Milagro Premium perlu dilubangkan supaya dapat memberi pengudaraan kepada mikrob tersebut untuk hidup.

Jenis mikrob baik yang terdapat dalam Baja Milagro Premium ialah Bacillus subtilis sp. dan Bacillus tequilensis sp. Di antara fungsi mikrob baik ini adalah memperbaiki struktur tanah, meningkatkan kadar penyerapan nutrisi oleh pokok dan membantu memberi perlindungan kepada akar pokok daripada serangan biotik serta abiotik.

Berikut adalah kadar penggunaan yang disarankan bagi Baja Milagro Premium:  
Jenis tanaman Kadar penggunaan Kekerapan pembajaan

Bunga

1 hingga 2 sudu

2 minggu sekali

Sayur berdaun

2 sudu setiap 1 pasu

2 minggu sekali

Sayur berbuah

1-2 sudu

2 minggu sekali

Tanaman kontan

4-10 sudu

Sebulan sekali

Pokok buah(<3 tahun)

0.5-1 kg setiap pokok

3 bulan sekali

Pokok buah(>3 tahun)

3 bulan sekali

Aplikasi realiti terimbuh atau kod AR yang terdapat pada bungkusan Baja Milagro
Premium adalah medium untuk penyampaian maklumat mengenai Baja Milagro
Premium secara digital, interaktif dan pantas.

Baja Milagro Premium boleh dicampur dengan air. Cara bancuhannya adalah 10 g Baja
Milagro Premium dibancuh dengan 1 liter air. Namun begitu, bancuhan tersebut
disarankan untuk digunakan secara habis dan tidak disimpan kerana larutan Milagro
yang tidak diguna habis boleh menghasilkan mendakan.

Pembajaan pokok di atas tanah perlu lebih banyak sukatannya kerana potensi baja
diserap oleh pokok lain atau rumpai adalah lebih tinggi berbanding tanaman di dalam
bekas. Pembajaan pokok di dalam pasu lebih sedikit kerana penyerapan nutrisi oleh
pokok lebih terkawal. Rujuk kadar penggunaan yang disarankan pada pek bungkusan
Baja Milagro Premium.

Milagro NPV

Milagro NPV merupakan produk organik dalam bentuk cecair yang berasaskan campuran kulit udang dan hasil sampingan daripada proses fermentasi baja organik.

Milagro NPV bukanlah sejenis baja atau racun serangga tetapi merupakan produk biostimulan pokok yang mengandungi chitosan oligosaccharide. Bahan ini dapat memberikan manfaat kepada tanaman dengan meningkatkan tahap keimunan pokok terhadap tekanan biotik. Oleh itu, Milagro NPV bukanlah sejenis baja kerana tidak menyediakan nutrien yang diperlukan oleh pokok secara langsung dan Milagro NPV juga bukanlah sejenis racun serangga kerana tidak mengawal serangga secara terus.

Milagro NPV merupakan produk biostimulan pokok yang bertindak dalam meningkatkan tahap keimunan pokok terhadap tekanan biotik, membantu proses fisiologi tanaman dan pencegahan penyakit yang disebabkan oleh patogen. Milagro Matado pula merupakan produk kawalan serangga perosak organik yang melindungi tanaman daripada serangan serangga perosak.
Kedua-dua produk Milagro boleh digunakan secara bersama kerana kedua-dua produk ini merupakan produk pelengkap untuk tanaman. Walau bagaimanapun, cara penggunaan kedua-dua produk ini perlulah mengikut saranan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kesan negatif pada tanaman dan pembaziran.
Penggunaan Milagro NPV mampu meningkatkan tahap keimunan tanaman terhadap serangan bakteria, virus dan kulat yang boleh melemahkan tanaman. Selain itu, Milagro NPV mempunyai kesan kawalan yang lebih baik apabila digunakan dari peringkat anak benih atau awal penyakit.
Milagro NPV merupakan produk sedia guna. Semburan Milagro NPV adalah bergantung kepada saiz, jenis dan usia tanaman. Semburan dilakukan secara terus kepada daun, batang dan permukaan tanah. Cara penggunaan Milagro NPV adalah seperti berikut:  
Jenis tanaman Kadar penggunaan Kekerapan pembajaan

Tanaman hiasan dalaman dan anak pokok

1 hingga 2 semburan

2 kali seminggu

Tanaman luar dan pokok yang sudah matang

3 hingga 5 semburan

1 minggu sekali

Semburan Milagro NPV adalah paling optimum dilakukan pada awal pagi atau lewat petang kerana pada waktu tersebut adalah waktu liang stomata sedang terbuka. Penyerapan nutrien oleh pokok menjadi lebih mudah apabila liang stomata terbuka lebih luas.
Milagro NPV tidak disarankan untuk disembur secara terus kepada bunga kerana dikhuatiri semburan Milagro NPV boleh menutup bau yang dikeluarkan oleh bunga untuk menarik serangga baik yang membantu dalam proses pendebungaan.
Pokok masih perlu disiram dengan air kerana keperluan air dan Milagro NPV adalah berbeza pada pokok. Malah, kadar aplikasi keduanya juga tidak sama ke atas pokok. Pemberian air kepada pokok adalah secara siraman manakala Milagro NPV hanya disembur kepada pokok dalam kuantiti yang sedikit. Disarankan untuk menyiram pokok dengan air terlebih dahulu sebelum membuat semburan Milagro NPV.
Jenis pokok yang dipilih untuk dijadikan pokok hiasan dalaman kebiasaannya bergantung kepada jenis dan usianya kerana keperluan setiap pokok adalah berbeza. Pokok hiasan dalaman kebiasaannya tidak memerlukan pembajaan yang banyak kerana penjagaannya sudah memadai dari segi cahaya, kelembapan dan siraman. Oleh itu, penggunaan Milagro NPV lebih disarankan pada pokok hiasan dalaman.

Milagro Matado

Milagro Matado

Milagro Matado 2.0 merupakan produk kawalan serangga perosak organik yang dihasilkan menggunakan teknologi nanoemulsi. Formulasi menggunakan saiz nano ini membantu Milagro Matado 2.0 untuk mudah terserap pada serangga perosak secara optimum.

Selain itu, merujuk kepada cara tindakan dalam Insecticide Resistance Action Committee (IRAC), penggunaan Milagro Matado 2.0 ke atas serangga perosak adalah diklasifikasikan sebagai tidak spesifik atau lebih dikenali sebagai unknown / uncertain mode of action. Cara tindak balas tidak spesifik ini membawa maksud bahawa tiada cara tindak balas yang tetap terhadap serangga seperti racun serangga yang lain. Semburan Milagro Matado 2.0 boleh memberi kesan sama ada pada sistem saraf, otot serangga, sistem pencernaan, sistem pertumbuhan atau kesemuanya sekali. Kelebihan cara tindak balas ini adalah serangga tidak boleh rintang terhadap semburan Milagro Matado 2.0. 

Semburan Milagro Matado 2.0 juga memberi kesan kepada generasi serangga perosak yang akan datang seperti telur tidak menetas, abnormal atau cacat.

Perbezaan di antara Milagro Matado dan Milagro Matado 2.0 boleh dilihat dalam jadual berikut:  
Parameter Milagro Matado Milagro Matado 2.0
Bahan mentah
  • Azadirachta indica (daun semambu)
  • Allium sativum (bawang putih)
  • Gula perang
  • Cuka
  • Azadirachta indica (daun semambu)
  • Piper sarmentosum (daun kaduk)
  • Minyak pati lavender
Proses Fermentasi Teknologi nanoemulsi
Kajian terhadap serangga Tidak stabil Stabil, jangka hayat 2 – 3 tahun
Kolaborasi Tiada Universiti Putra Malaysia
Pensijilan SIRIM bagi ujian ketoksikan Tiada Racun Kelas 5

Nanoemulsi merupakan gabungan perkataan nano dan emulsi. Nano merujuk kepada partikel yang bersaiz nano iaitu di antara 200 hingga 500 nm manakala emulsi merujuk kepada jenis formulasi yang dihasilkan daripada tiga jenis komponen iaitu surfaktan, minyak dan air.
Pencampuran komponen ini memerlukan kaedah pembinaan diagram tiga fasa. Setelah mendapat titik optimum daripada kaedah tersebut maka terhasillah formulasi Milagro Matado 2.0.

Milagro Matado 2.0 merupakan produk sedia guna yang tidak perlu dibancuh dengan air. Untuk menggunakannya, goncang dengan sempurna sebelum semburan dibuat. Kemudian, laraskan bahagian muncung botol dan semburkan kepada bahagian pokok terutama pada bahagian bawah daun dan perosak. Ulang semula semburan setiap seminggu sekali.

Keberkesanan Milagro Matado 2.0 boleh dilihat dalam tempoh 7 hingga 10 hari selepas semburan pada tanaman. Sekiranya semburan dilakukan secara terus kepada serangga perosak, kesan boleh dilihat dalam tempoh 24 jam bergantung kepada spesies serangga perosak tersebut.

Produk Milagro Matado 2.0 keluaran syarikat kami merupakan produk sedia guna. Milagro Matado 2.0 telah melalui proses campuran bahan organik yang sebati dan sesuai untuk terus digunakan terhadap tanaman. Oleh itu, tidak disarankan untuk Milagro Matado 2.0 dicampur dengan air kerana boleh mengurangkan kadar keberkesanan produk ini terhadap serangga perosak.

Penggunaan Milagro Matado 2.0 mampu memberi tindak balas terhadap serangga perosak tanaman jenis pengunyah dan penghisap. Serangga jenis pengunyah seperti kumbang, belalang dan ulat beluncas manakala serangga jenis penghisap seperti afid, koya, lelompat daun dan bena putih.

Produk Milagro Matado 2.0 adalah produk mesra alam dan selamat digunakan kerana bebas daripada bahan kimia dan tidak menggunakan sebarang bahan aktif sintetik. Oleh itu, Milagro Matado 2.0 tidak berbahaya kepada manusia dan haiwan.

Semburan Milagro Matado 2.0 tidak memberi kesan sampingan yang buruk terhadap tanaman kerana produk ini dihasilkan daripada ekstrak tumbuh- tumbuhan. Ekstrak tumbuh-tumbuhan ini lebih bersifat mesra alam dan lestari serta tidak mendatangkan kesan sampingan terhadap tanaman seperti daun kekuningan atau gugur.

Sekiranya semburan terkena pada bahagian organ yang terbuka, cuci bahagian tersebut dengan menggunakan air sehingga bersih.

We’re here to serve your needs

Follow us for more