Follow us

PERJANJIAN KONTRAK ANTARA INFLUENCER DAN HMJ BIZ POINT UNTUK REVIEW PRODUK MILAGRO

Perjanjian ini adalah antara:

NAMA: SITI AISHA BINTI MAT
JAWATAN: PENGARAH URUSAN
PERUSAHAAN: HMJ BIZ POINT SDN BHD
NO PENDAFTARAN: 201601014749)(1185680-H)
ALAMAT: 2A-8A JALAN SERI PANDAN 1/1, Jalan Pokok Mangga, Taman Sri Pandan 1, 75250 Malacca
(Dalam hal ini bertindak untuk dan dikenali sebagai “pemberi”)

(Dalam hal ini bertindak dan dikenali sebagai “penerima”)

Ganjaran yang akan diperoleh penerima adalah seperti berikut daripada setiap satu resit pembelian daripada link yang disediakan.

  • Baja Premium-20%
  • Matado-15%
  • Natural Plant Vaccine-20%

BAHAWASANYA:

Pemberi telah mewujudkan pemberian ganjaran kepada penerima yang dapat mengumpul pembelian daripada link yang disediakan oleh pemberi. Penerima bersetuju untuk membuat posting sama ada dalam bentuk gambar atau video di instagram dan meletakkan link yang disediakan untuk mendapat pembelian.

Pemberi telah bersetuju untuk memberi ganjaran dalam bentuk wang kepada penerima melalui pembelian dan penerima telah bersetuju untuk menerima wang daripada pembelian berdasarkan terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian ini.

Penerima bersetuju untuk membuat posting tanpa melibatkan sebarang produk lain kecuali produk Milagro.
Pemberi meminta pihak penerima untuk mempromosikan produk Milagro milik pihak pemberi di akaun sosial media milik penerima.
Pihak penerima bersetuju untuk membenarkan setiap content review menjadi hak milik pemberi sebagai kegunaan pemasaran produk (Tag Bajamilagro)

MAKA ADALAH DIPERSETUJUI OLEH KEDUA-DUA PIHAK BAHAWA:

Pemberi bertanggungjawab untuk menyelesaikan bayaran kepada penerima melalui pembelian pada akhir bulan dalam bentuk online banking untuk tempoh SATU (1) TAHUN (dikenali sebagai “tempoh pembiayaan oleh pemberi”) kepada institusi kewangan yang berkaitan.

Pemberi berhak untuk tidak menjelaskan bayaran tersebut sekiranya pemberi mendapati Penerima telah gagal, cuai atau sengaja melanggar mana-mana syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini. Penerima tidak dibenarkan untuk membuat apa-apa tuntutan terhadap Pemberi akibat daripada keengganan, kecuaian atau kegagalan untuk menjelaskan sebarang bayaran tersebut tidak kira apa-apa alasan atau sebab.

Waktu atau masa, jikalau disebut dalam Perjanjian ini akan menjadi inti pati Perjanjian ini.

Perjanjian ini tidak membentuk satu perjanjian perkongsian mahu pun usaha sama antara Pemberi dan Penerima.

——–

Ini adalah cetakan elektronik, tandatangan tidak diperlukan.