Milagro Matado 2.0 merupakan produk kawalan serangga organik yang mengandungi bahan bioaktif hasil ekstrak tumbuhan iaitu biji semambu (Azadirachta indica), daun kaduk (Piper sarmentosum) dan ekstrak minyak lavender. Kajian formulasi Milagro Matado 2.0 menggunakan konsep teknologi nanoemulsi telah dijalankan selama lima tahun oleh penyelidik dari Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan telah diuji secara kajian lapangan dalam skala yang besar pada tanaman terung, sawah padi dan cili kulai. Keberkesanan formulasi Milagro Matado 2.0 ini dapat dilihat ke atas serangga perosak seperti ulat bulu, larva kumbang kura-kura, kumbang kura-kura, afid dewasa, bena putih, lelompat daun, ulat beluncas dan belalang melalui kajian lapangan yang telah dijalankan pada tanaman terung dan cili kulai. Bagi kajian lapangan yang dijalankan terhadap sawah padi, Milagro Matado 2.0 berkesan terhadap bena perang dan ulat pelipat daun.
Bahan mentah
1. Biji Semambu
- Azadirachta indica atau biji semambu dipilih sebagai bahan dalam Milagro Matado 2.0 kerana keberkesanan tanaman ini dalam mengawal serangan serangga perosak dalam pertanian telah dibuktikan melalui kajian penyelidikan [67]. Berdasarkan kajian penyelidikan dan artikel jurnal yang telah diterbitkan [68], bahan metabolit sekunder yang terdapat dalam biji semambu yang dikenali sebagai azadirachtin boleh bertindak sebagai antimakan, pemandulan dan penghalau serangga perosak. Di samping itu, bahan mentah yang berasaskan biji semambu ini boleh didapati dengan mudah dalam kuantiti yang banyak.
2. Daun Kaduk
- Piper sarmentosum atau daun kaduk dipilih sebagai bahan dalam Milagro Matado 2.0 kerana membantu mempercepat kesan tindak balas yang dihasilkan oleh biji semambu. Menurut beberapa kajian [69], hasil metabolit sekunder yang diekstrak daripada daun kaduk menggunakan heksana mempunyai fungsi dalam aktiviti pembunuhan larva dan serangga perosak simpanan [70]. Serangga simpanan perosak adalah serangga yang merosakkan hasil tanaman secara tersembunyi dan secara terus seperti larva lalat buah dan larva kumbang. Kedua-dua larva ini merosakkan buah melalui serangan dari dalam.
3. Ekstrak minyak lavender
- Ekstrak minyak lavender merupakan bahan tambahan yang memberikan bau yang wangi dalam produk ini. Wangian lavender ini mampu menarik perhatian serangga bermanfaat seperti lebah yang bertindak sebagai agen pendebungaan pada tanaman.
Teknologi Nanoemulsi
Nanoemulsi merupakan gabungan daripada dua perkataan iaitu nano dan emulsi. Nano merujuk kepada partikel yang bersaiz nano iaitu di antara 200 hingga 500 nm manakala emulsi merujuk kepada jenis formulasi yang dihasilkan daripada tiga jenis komponen iaitu surfaktan, minyak dan air. Pencampuran komponen ini memerlukan kaedah pembinaan diagram tiga fasa. Setelah mendapat titik optimum daripada kaedah tersebut maka terhasillah formulasi Milagro Matado 2.0.
Nanoemulsi juga telah dibangunkan secara meluas untuk meningkatkan keterlarutan dan kapasiti penyebaran biopestisid melalui penyebaran ke dalam dua fasa cecair. Nanoemulsi boleh menawarkan beberapa kelebihan kepada perumusan minyak pati seperti peningkatan dalam keterlarutan air, kadar pembubaran dan keseragaman serakan. Milagro Matado 2.0 dihasilkan melalui proses ini, campuran Milagro Matado adalah daripada ekstrak semambu dan kaduk serta surfaktan dan minyak berasaskan tumbuhan.
Cara Tindak Balas
Merujuk kepada cara tindak balas dalam Insecticide Resistance Action Committee (IRAC), cara produk ini bertindak balas dalam mengawal serangan serangga perosak adalah cara tindak balas yang tidak spesifik (unknown, uncertainty atau non-specific).
Cara tindak balas tidak spesifik yang dimaksudkan adalah semburan Milagro Matado 2.0 boleh memberi kesan terhadap serangga sama ada pada sistem saraf, otot serangga, sistem pencernaan, sistem pertumbuhan atau kesemuanya sekali. Setiap serangga yang terkena semburan mengalami simptom dan kesan yang berbeza. Hal ini yang disebut sebagai cara tindak balas yang tidak spesifik terhadap serangga perosak.
Kelebihan cara tindak balas ini adalah menjadikan serangga perosak tidak boleh rintang terhadap semburan Milagro Matado 2.0. Berlainan pula bagi racun sintetik atau kimia kerana racun sintetik mempunyai cara tindak balas yang tetap. Sebagai contoh, sekiranya cara tindak balas yang tetap sesuatu racun sintetik adalah menyerang sistem pernafasan, kesemua serangga perosak yang terkena semburan racun sintetik tersebut akan mengalami kesan yang sama.
Walau bagaimanapun, penggunaan berulang racun sintetik yang sama untuk mengawal serangga perosak boleh menyebabkan perubahan yang tidak diingini dalam kumpulan gen serangga perosak. Apabila racun sintetik mula digunakan pada tanaman atau tapak rawatan, sebahagian kecil daripada populasi serangga perosak mungkin terselamat daripada pendedahan racun sintetik tersebut kerana susunan genetiknya. Serangga perosak yang terselamat ini boleh mewariskan genetik yang mampu rintang terhadap semburan racun sintetik yang sama kepada generasi serangga perosak yang seterusnya. Menurut Sparks et. al, kebanyakan spesies perosak utama yang memberi kesan kepada tanaman utama dan kesihatan manusia telah membangunkan ketahanan terhadap banyak racun serangga yang ada sejak pengenalan racun serangga organik sintetik kira-kira 75
tahun yang lalu. Akibatnya, formulasi racun sintetik ini perlu sentiasa diperbaharui dan dinaik taraf.
Berbeza dengan produk kawalan serangga yang berasaskan ekstrak tumbuhan, formulasinya tidak perlu diubah. Semburan produk ini turut memberi kesan kepada generasi serangga perosak yang akan datang kerana boleh menyebabkan telur serangga perosak tidak menetas. Sekiranya telur tersebut menetas, serangga tersebut adalah abnormal atau cacat.
Ciri-ciri Produk
Ciri – ciri produk boleh dilihat pada aspek bungkusan, fizikal dan kimia.
Aspek | Parameter |
---|---|
Bungkusan |
|
Fizikal |
|
Kimia |
|
Kelebihan Milagro Matado
- Mendapat pengiktirafan SIRIM untuk Racun Kelas 5
- Hasil kerjasama bersama Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Penghasilan melalui teknologi nanoemulsi
- Formulasi yang lebih stabil
- Tidak memberikan kesan buruk kepada kesihatan pengguna
- Berbau wangian lavender yang boleh menarik perhatian serangga bermanfaat
- Kadar kehadiran serangga perosak berkurangan dalam tempoh lima hingga sepuluh hari
Kaedah Penggunaan
- Kadar penggunaan Milagro Matado 2.0 pada tanaman adalah dengan kepekatan 350 ml pati
bagi setiap satu hektar kawasan. Kaedah aplikasi untuk penggunaan Milagro Matado 2.0
adalah dengan cara semburan. Disarankan untuk membuat semburan Milagro Matado 2.0
apabila terdapat sekurang-kurangnya lima ekor serangga perosak. Arahan penggunaan produk
sedia guna Milagro Matado 2.0 mengikut saranan pada pelekat botol.- Laraskan mata muncung botol
- Semburkan kepada bahagian pokok terutama pada bahagian bawah daun
- Ulang semula semburan setiap seminggu sekali
- Kadar penggunaan Milagro Matado 2.0 pada tanaman adalah dengan kepekatan 350 ml pati
Keselamatan Produk
Milagro Matado 2.0 boleh diklasifikasikan sebagai selamat digunakan. Hal ini disebabkan bahan aktif dan bahan lengai yang digunakan dalam penghasilannya adalah menggunakan ekstrak tumbuh-tumbuhan dan stabil. Kadar keracunan Milagro Matado 2.0 terhadap serangga jenis penghisap adalah 11 – 31 ppm. Produk ini telah memperoleh pengikitirafan Racun Kelas 5 untuk ujian ketoksikan di bawah Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan sedang dalam proses pendaftaran di Lembaga Racun Makhluk Perosak. Tarikh luput bagi Milagro Matado 2.0 ialah tiga hingga lima tahun.
Perbandingan antara milagro matado dan milagro matado 2.0
Kedua-dua produk Milagro Matado dan Milagro Matado 2.0 merupakan produk kawalan serangga organik. Namun begitu, terdapat perbezaan ketara bagi keduanya. Perbezaan ini boleh dilihat dalam jadual berikut:
Parameter | Milagro Matado | Milagro Matado 2.0 |
---|---|---|
Bahan mentah |
|
|
Kerjasama | Tiada | Universiti Putra Malaysia |
Proses | Penapaian | Teknologi nanoemulsi |
Kestabilan | Tidak stabil | Stabil, jangka hayat 2 – 3 tahun |
Pengiktirafan SIRIM bagi ujian ketoksikan | Tiada | Racun Kelas 5 |
Advantages of Milagro Premium fertilizer
containts complete nutrients & Amino acid
soil PH neutralizer
Increase plant tolerance
99.9% pathogen-free (ms1517:2012)
contain secondary metabolities (sterol,phenol & humic acid)
The impact of improvements on crops as early as three days
Includes all 12 necessary nutrients and amino acid for tree growth
Contains beneficial bacteria that aid in protecting plants, particularly the roots.
Contains a “Secondary Metabolite” that gives the tree resistance to stress
Construct double protection
Increase the rates of tree tolerance
Helps immediately balance the pH of soil
Advantages Of Milagro Matado
Inhabits reproduction of next generation insects
Does not damage crops & environment
Effective for controlling pets
Made of 100% organic materials
Contains a “Secondary Metabolite” that gives the tree resistance to stress
The impact of improvements on crops as early as three days
Contains beneficial bacteria that aid in protecting plants, particularly the roots.
Includes all 12 necessary nutrients and amino acid for tree growth