Milagro Plus +
Milagro Plus adalah produk organik berkepekatan dan berkualiti tinggi yang diperkaya dengan enzim berasaskan asid amino. Enzim berfungsi sebagai pemangkin biologi yang membantu atau menggalakkan proses tertentu dalam organisma hidup seperti tumbuhan. Oleh itu, produk ini bukanlah baja, racun perosak atau penyubur tanah. Sebaliknya, Milagro Plus dikategorikan sebagai produk biostimulan tumbuhan kerana produk ini direka khas untuk memaksimumkan potensi tanaman dan meningkatkan hasil.

6 JENIS ENZIM
AMILASE
Memecahkan kanji kepada gula ringkas yang mudah diserap oleh tumbuhan dan mempercepatkan penguraian bahan organik dalam tanah, menjadikan nutrien lebih tersedia bagi tanaman.
fOSFATASE
Memecahkan sebatian fosforus organik kepada bentuk bukan organik yang mudah diserap oleh tanaman. Enzim ini berperanan dalam isyarat tumbuhan seperti pertahanan patogen, pengawalan stress dan pertumbuhan tumbuhan.
UREASE
Menguraikan urea kepada amonia dan karbon dioksida serta nitrogen yang boleh diserap oleh tanaman. Urease sering digunakan sebgai baja nitrogen yang membolehkan tumbuhan memanfaatkan bentuk nitrogen secara langsung.
SELULASE
Menguraikan selulosa iaitu komonen utama dinding sel tumbuhan. Digunakan untuk mengawal penyakit, percambahan benih, pertumbuhan dan pembungaan tumbuhan. Selain itu, berperanan dalam meningkatkan kualiti tanah dan mengitar semula nutrien dengan memcahkan selulosa mereka sendiri semasa penuaan atau tekanan.
FITASE
Mengurangkan risiko kekurangan nutrien dan tahap fosforus dalam tinja haiwan, serta memecahkan asid fitik untuk membebaskan fosforus dan mineral lain. Semasa percambahan benih, aktiviti fitase juga meningkat untuk menyokong perkembangan awal tumbuhan.
LIPASE
Bertindak sebagai agen antipatogen untuk melindungi tumbuhan daripada patogen. Enzim ini juga berperanan penting dalam tindak balas pertahan tumbuhan dan melindungi tanaman daripada kehilangan air serta tekanan persekitaran.
FUNGSI PRODUK
1
Merangsang proses metabolik seperti fotosintesis, respirasi, transpirasi dan pengambilan nutrien.
2
Mengoptimumkan penyerapan nutrien.
3
Memperbaiki pengurusan ekologi tanah dan menggalakkan
4
Merangsang pertumbuhan akar.
5
Membebaskan nutrien yang boleh diserap.
6
Meningkatkan kadar fotosintesis.
7
Meningkatkan tindak balas keimunan yang lebih kuat.
8
Merangsang pembungaan.
9
Memperbaiki kualiti produk akhir.
10
Menggalakkan tanaman.
11
Merangsang tumbesaran.
12
Merancakkan putik bunga.
13
Putik bunga lekat dan tidak mudah gugur.
14
Memaksimakan saiz dan hasil tanaman.
15
Mempercepatkan tempoh pertumbuhan tanaman, pembungaan dan hasil tuaian.
16
Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit dan mengurangkan kadar kematian tanaman.
17
Mempercepat pemecahan baja dalam tanah dan sekaligus meningkatkan kesuburan tanah.
18
Menjimatkan penggunaan baja dan seterusnya mengurangkan kos pertanian.

KELEBIHAN PRODUK
bIJI BENIH
Mempercepatkan daya percambahan dan keberhasilan percambahan biji benih yang tinggi
bATANG
Menghasilkan batang yang lebih tebal dan berisi
AKAR
Pertumbuhan akan menjadi lebih cepat, akar utama lebih tebal dan lebih banyak akar halus yang sihat dihasilkan
dAUN
Merancakkan pengeluaran pucuk baru dengan kadar pertumbuhan yang lebih cepat dan sihat. Menghasilkan daun yang lebih hijau dan tinggi korofil. Seterusnya menghasilkan daun yang lebih besar, tabal dan padat


bUNGA
Mendorong aktiviti pendebungaan dan menghasilkan bunga yang lebih banyak
bUAH
Menambah pengeluaran buah dan meningkatkan kuantiti buah yang dihasilkan
tANAH
Mempercepatkan pemecahan baja dalam tanah dan meningkatkan kesuburan tanah
KADAR PENGGUNAAN
Milagro Plus merupakan produk cecair dalam bentuk pati yang perlu dibancuh dengan air untuk digunakan. Milagro Plus boleh digunakan pada biji benih dengan kaedah rendaman manakala pada pokok menggunakan kaedah semburan. Nisbah bancuhan Milagro Plus ialah 1 bahagian Milagro Plus kepada 200 bahagian air (1:200).