Follow us

terma dan syarat

PERJANJIAN PERLANTIKAN EJEN / SQUAD LEADER
HMJ BIZPOINT SDN. BHD.

Sila baca dan teliti serta fahami isi kandungan Perjanjian Perlantikan Ejen / Squad Leader HMJ Biz Point Sdn. Bhd.

ADALAH DIPERSETUJUI SEPERTIMANA BERIKUT:-

A. TERMA, SYARAT DAN PERATURAN

 
  1. SYARAT LANTIKAN 

a) Ejen
 
  1. Ejen adalah individu yang mendapatkan dan/ atau menyimpan stok yang diambil terus daripada Syarikat untuk tujuan jualan kepada pengguna.
  2. Ejen mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Ejen wajib membayar yuran komitmen sebanyak RM50 sekali semasa pendaftaran kepada Syarikat. Walau bagaimanapun, jumlah yuran komitmen yang perlu dibayar tersebut bergantung kepada promosi semasa yang dilaksanakan oleh Syarikat yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
  4. Ejen wajib mengambil stok permulaan minima SATU (1) set mana-mana produk Milagro dan pembayaran perlu dibuat secara penuh. 
(b) Squad Leader
 
  1. Squad Leader adalah individu yang mendapatkan dan/atau menyimpan stok yang diambil terus daripada Syarikat untuk tujuan jualan kepada pengguna, dan berkuasa untuk melantik/ merekrut ejen.
  2. Squad Leader mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Squad Leader perlu menambah stok minima SATU RATUS (100) unit mana-mana produk Milagro dalam masa TIGA (3) bulan untuk layak mendaftarkan ejen baru dan mendapatkan ganjaran daripada ejen yang didaftarkan.
    1. Pembelian stok mana-mana produk Milagro oleh ejen akan dikira sebagai ganjaran Squad Leader.
    2. Untuk mengekalkan kelayakan dan memastikan Squad Leader mendapat ganjaran, Squad Leader perlu menambah stok minima SATU (1) set mana-mana produk Milagro setiap bulan untuk layak mendapat ganjaran bagi setiap seorang ejen yang diperkenalkan.

2. TANGGUNGJAWAB

 
(a) Tanggungjawab Syarikat
 
Syarikat akan melakukan perkara-perkara berikut:-
  1. Membantu Ejen / Squad Leader daripada segi promosi produk Milagro melalui media cetak atau elektronik:
  2. Memberi latihan penjualan dan pemasaran produk Milagro kepada Ejen / Squad Leader daripada semasa ke semasa. 
  3. Memastikan stok Produk produk Milagro mencukupi untuk dibekalkan kepada Ejen / Squad Leader.
  4. Syarikat bertanggungjawab menerangkan maklumat-maklumat berkaitan produk secara jelas kepada Ejen / Squad Leader. 
  5. Syarikat perlu memastikan aktiviti pemasaran dan penjenamaan Milagro sentiasa berjalan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran pengguna tentang produk Milagro.
  6. Syarikat bertanggungjawab untuk memantau harga jualan produk Milagro di pasaran agar tiada Ejen / Squad Leader yang tertindas akibat mainan harga oleh sesetengah pihak.
(b) Tanggungjawab Ejen
 
Ejen mengaku janji akan melaksanakan perkara-perkara seperti  berikut:-
  1. Ejen bertanggungjawab sepenuhnya untuk menerangkan berkaitan produk Milagro kepada pelanggan atau khalayak di kawasan edaran masing-masing. 
  2. Ejen dilarang menggunakan nama, hak cipta, atau harta intelek Syarikat tanpa kebenaran dari Syarikat.
  3. Ejen perlu sentiasa menjaga imej dirinya dan Syarikat. Ejen mesti memastikan imej Syarikat dijaga dengan baik serta menjaga tata kerja dan etika yang ditetapkan oleh Syarikat setiap masa ketika melakukan aktiviti pemasaran, promosi, ejenan, dan penjualan produk Milagro.
  4. Segala bentuk aduan umum mengenai produk Syarikat dan perkhidmatan berkaitan Syarikat, perlu dimaklumkan kepada Syarikat secara terus, melalui “direct message” oleh Ejen. Dilarang untuk maklumkan ke dalam kumpulan Ejen. 
  5. Sebarang kos pengeposan produk Milagro daripada Syarikat kepada Ejen adalah ditanggung sepenuhnya oleh Ejen. 
  6. Ejen akan mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh Syarikat berkaitan dengan Perjanjian ini.
  7. Memaklumkan dengan segera kepada Syarikat perkara-perkara berikut:-
    • terdapat produk Milagro yang ditiru oleh pihak ketiga yang tiada kaitan dengan Syarikat;
    • penyalahgunaan cap dagangan atau harta intelek yang lain milik Syarikat sama ada berkaitan dengan produk atau perihal Syarikat oleh mana-mana pihak; dan
    • aduan pengguna terhadap produk Milagro.
  8. Ejen perlu membuat pembelian stok minima SATU (1) set mana-mana produk Milagro dalam tempoh ENAM (6) bulan untuk mengekalkan status Ejen.
  9. Syarikat berhak menetapkan kos minima dan kelayakan Ejen dari semasa ke semasa.
  10. Bagi Ejen yang tidak aktif melebihi ENAM (6) bulan, Syarikat mempunyai kuasa untuk membatalkan status Ejen dan dikeluarkan dari group Ejen bagi menjaga maklumat sulit Syarikat. 
  11. Setiap Ejen mestilah memasuki Whatsapp Group yang dibuat oleh Syarikat dan kekal di dalam Whatsapp Group tersebut.
(c) Tanggungjawab Squad Leader
 
Squad Leader bertanggungjawab melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:-
  1. Squad Leader bertanggungjawab sepenuhnya untuk menerangkan berkaitan produk Milagro kepada ejen, pelanggan atau khalayak di kawasan edaran masing-masing. 
  2. Squad Leader bertanggungjawab untuk memastikan setiap ejen yang mereka perkenalkan menambah stok pada setiap bulan. Squad Leader haruslah membantu ejen yang mereka perkenalkan, dan menjadi contoh yang baik kepada mereka.
  3. Squad Leader bertanggungjawab memastikan setiap ejen yang dilantik oleh mereka mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Syarikat, terutamanya berkaitan dengan harga jualan produk Milagro.
  4. Squad Leader bertanggungjawab memastikan ejen tidak memberikan baja atau repacking baja untuk dijadikan sebagai hadiah atau pun trial pack kepada pelanggan.
  5. Squad Leader dilarang menggunakan nama, hak cipta, atau harta intelek Syarikat tanpa kebenaran dari Syarikat.
  6. Squad Leader perlu sentiasa menjaga imej dirinya dan Syarikat. Squad Leader mesti memastikan imej Syarikat dijaga dengan baik serta menjaga tata kerja dan etika yang ditetapkan oleh Syarikat setiap masa ketika melakukan aktiviti pemasaran, promosi, ejenan, dan penjualan produk Milagro.
  7. Segala bentuk aduan umum mengenai produk Milagro dan perkhidmatan berkaitan Syarikat, perlu dimaklumkan kepada Syarikat secara terus, melalui “direct message” oleh Squad Leader. Dilarang untuk maklumkan ke dalam kumpulan ejen. 
  8. Sebarang kos pengeposan produk daripada Syarikat kepada Squad Leader adalah ditanggung sepenuhnya oleh Squad Leader. 
  9. Squad Leader akan mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh Syarikat berkaitan dengan Perjanjian ini.
  10. Memaklumkan dengan segera kepada Syarikat perkara-perkara berikut:-
    • terdapat produk yang ditiru oleh pihak ketiga yang tiada kaitan dengan Syarikat:
    • penyalahgunaan cap dagangan atau harta intelek yang lain milik Syarikat sama ada berkaitan dengan produk atau perihal Syarikat oleh mana-mana pihak; dan
    • aduan pengguna terhadap produk.
  11. Squad Leader yang tidak menambah stok dan memperkenalkan ejen baru dalam tempoh TIGA (3) bulan akan dikeluarkan daripada senarai Squad Leader dan ejen mereka akan dipindah milik kepada Syarikat.
  12. Squad Leader yang tidak aktif iaitu selama tempoh TIGA (3) bulan ini juga akan diturunkan pangkat mereka daripada Squad Leader kepada ejen biasa oleh Syarikat.
  13. Sekiranya Squad Leader telah diturunkan pangkat dan ingin kembali menjadi Squad Leader, Squad Leader yang telah diturunkan pangkat tersebut (selepas ini dirujuk sebagai “bekas Squad Leader tersebut”) perlu melalui fasa awal daripada ejen biasa kepada Squad Leader [rujuk syarat lantikan Squad Leader – 1(b)(3)] dan ejen bekas Squad Leader tersebut akan dikembalikan sebagai ejen kepada bekas Squad Leader tersebut.
    Contoh:
    Squad Leader tidak aktif 
    Squad Leader diturunkan pangkat kepada ejen biasa. Ejen milik Squad Leader dipindahkan kepada Syarikat dan Squad Leader tidak layak untuk menerima ganjaran.
    Squad Leader aktif kembali 
    Squad Leader menambah stok minima 100 unit mana-mana produk Milagro. Dinaikkan pangkat semula kepada Squad Leader. Ejen dibawah Squad Leader dikembalikan oleh Syarikat. Squad Leader layak untuk mendapatkan ganjaran pembelian akan datang.
  14. Syarikat berhak menetapkan kos minima dan kelayakan Squad Leader dari semasa ke semasa.
  15. Setiap Squad Leader mestilah memasuki Whatsapp Group yang dibuat oleh Syarikat dan kekal di dalam Whatsapp Group tersebut.
(d) Tanggungjawab Bersama
 
  1. Syarikat dan Ejen / Squad Leader perlu bekerjasama dalam menjenamakan dan memasarkan produk Milagro untuk pengguna di dalam dan luar negara. 
  2. Ejen / Squad Leader perlu bersedia menerima sebarang perubahan yang dilakukan oleh Syarikat untuk tujuan penambahbaikan operasi dan produk.

3. HARGA JUALAN

 
  1. Ejen / Squad Leader hendaklah mematuhi tingkat harga penjualan produk Milagro sepertimana dalam senarai yang akan diberikan oleh Syarikat dari semasa ke semasa. Tindakan menaikkan dan menurunkan harga sesuka hati adalah dilarang sama sekali.
  2. Syarikat akan melantik Juruaudit untuk memantau harga jualan produk Milagro oleh Ejen / Squad Leader dan sekiranya Syarikat menerima laporan tentang sebarang aduan berkaitan perubahan harga pasaran produk Milagro, Syarikat akan mengambil tindakan tegas seperti berikut:-
    • melucutkan status Ejen / Squad Leader dengan serta merta, 
    • mengeluarkan daripada senarai Ejen / Squad Leader di website dan aplikasi,
    • tidak layak untuk sebarang ganjaran daripada Syarikat dan sekiranya Ejen / Squad Leader telah atau pernah menerima ganjaran, ganjaran tersebut perlu dipulangkan semula kepada Syarikat sebagai penalti,
    dan Syarikat tidak akan membeli semula produk daripada Ejen / Squad Leader selepas perlucutan status Ejen / Squad Leader
  3. Harga pengenalan bagi produk NPV yang ditetapkan (tidak termasuk kos pengeposan/COD) subjek kepada harga yang ditetapkan dari masa ke semasa mengikut ketetapan Syarikat.
  4. Harga pasaran mungkin berubah-ubah disebabkan kuasa pasaran dan Syarikat berhak untuk mengubahnya secara berkala. Harga pada pembungkusan produk Milagro juga mungkin berbeza dengan harga jualan dan jika terdapat situasi ini, Ejen mestilah mengikut harga pada poster dan video semasa yang ditetapkan Syarikat.     
  5. Tiada diskaun atau apa-apa potongan harga yang telah ditetapkan oleh Syarikat boleh dibuat oleh Ejen / Squad Leader kecuali dengan kebenaran bertulis dari Syarikat diperolehi. Ketidakpatuhan dalam harga yang ditetapkan, Ejen / Squad Leader bertanggungan untuk penalti sepertimana dalam Klausa 9.

4. KAWASAN EDARAN

 
  1. Ejen / Squad Leader perlu bersaing secara sihat dan menghormati antara satu sama lain jika terdapat lebih daripada seorang Ejen / Squad Leader di kawasan yang sama. 
  2. Sebarang penukaran/penambahan kawasan jualan, Ejen / Squad Leader perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada Syarikat bagi tujuan pengemaskinian maklumat Ejen / Squad Leader di Laman Web dan Aplikasi Milagro.
  3. Ejen / Squad Leader dibenarkan untuk menjual produk Milagro kepada pengguna di Kedai Fizikal dan platform e-dagang / dalam talian seperti Shopee, Lazada, Instagram dan Facebook mengikut harga jualan yang telah ditetapkan oleh Syarikat.

5. PEMBAYARAN TEMPAHAN

 
  1. Ejen / Squad Leader dikehendaki membuat pembayaran pembelian produk Milagro  ketika membuat tempahan dengan Syarikat.
  2. Pembayaran tempahan boleh dilakukan seperti berikut:- 
  3. Tunai; atau 
  4. Debit; atau
  5. Deposit wang tunai ke dalam akaun Syarikat yang perlu di maklumkan kepada Syarikat. Sila kemukakan slip bank sebagai bukti pembayaran; atau 
  6. Pembayaran di atas talian (online) bukti bayaran perlu dikemukakan kepada Syarikat; atau 
  7. Cek. Penghantaran tempahan hanya akan dilakukan setelah penjelasan cek oleh Syarikat.

6. PENGHANTARAN TEMPAHAN

 
  1. Stok Ejen / Squad Leader hanya akan dihantar dalam tempoh seperti berikut selepas pembayaran tempahan diterima oleh Syarikat:-  
    • Semenanjung Malaysia dalam tempoh 1 ke 7 hari bekerja
    • Sabah dan Sarawak dalam tempoh 7 ke 21 hari bekerja
  2. Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kegagalan dan/atau kelewatan dan/atau kerosakan dalam menghantar produk Milagro di mana kegagalan dan/atau kelewatan dan/atau kerosakan tersebut timbul akibat daripada sebarang tindakan luar kawalan munasabah Syarikat samada disebabkan bencana alam dan/atau kelewatan dan/atau kecuaian pihak penghantaran.

7. PEMULANGAN BARANG

 
  1. Semua produk Milagro yang dijual tidak boleh ditukar dan tidak boleh dipulangkan. Namun, sekiranya ada kesalahan pengeluaran dalam produk Milagro, Syarikat akan menggantikan produk Milagro dengan syarat aduan beserta bukti diberikan dan pemulangan kepada Syarikat dibuat dalam 24 jam dari penerimaan pesanan. Ejen dan/atau Squad Leader juga perlu membuat pemulangan produk yang tersalah dalam keadaan yang baik dan jika terdapat sebarang kerosakan, tiada penggantian akan dibuat oleh pihak Syarikat ke atas produk yang rosak tersebut. 
  2. Polisi ini tidak melindungi sebarang kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian Ejen / Squad Leader. Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas kes kerosakan yang disebabkan oleh pelanggan. Sekiranya terdapat kerosakan yang disebabkan oleh pihak kurier semasa penghantaran produk kepada Ejen / Squad Leader, Ejen / Squad Leader boleh memaklumkan dan memulangkan produk terbabit kepada Syarikat dengan syarat aduan beserta bukti diberikan dan pemulangan kepada Syarikat dibuat dalam 24 jam dari penerimaan pesanan untuk pihak Syarikat menuntut gantirugi dari pihak kurier dan menghantar semula produk baru.

8. GANJARAN

 
Kelayakan mendapat ganjaran oleh Squad Leader:-
  1. Squad Leader perlu menambah stok minima LIMA (5) set dalam masa TIGA (3) bulan untuk layak memperkenalkan ejen dan mendapatkan ganjaran dari ejen diperkenalkan.
  2. Squad Leader wajib menambah stok minima SATU (1) set mana-mana produk Milagro pada setiap bulan untuk layak mendapat ganjaran seperti yang ditetapkan oleh Syarikat dari masa ke semasa bagi setiap seorang ejen baru yang diperkenalkan dalam bulan tersebut. 
  3. Setiap kali ejen yang diperkenalkan menambah stok, Squad Leader layak untuk mendapat ganjaran, dengan syarat, Squad Leader menambah stok minima SATU (1) set pada bulan tersebut.
  4. Squad Leader yang gagal berbuat seperti di atas tidak layak menuntut bagi setiap ejen yang diperkenalkan dan setiap kali ejen di bawah mereka menambah stok.
  5. Untuk promosi Hari Lahir Ejen, Squad Leader layak menerima ganjaran berdasarkan promosi semasa ditetapkan Syarikat.
  6. Penyata ganjaran hanya akan dikeluarkan selepas 15 hari bulan pada bulan berikutnya. 
  7. Kos pos untuk ganjaran ditanggung sepenuhnya oleh Squad Leader.
  8. Setiap syarat untuk ganjaran adalah tertakluk kepada ketetapan Syarikat yang boleh dipinda dari masa ke semasa.

9. PENALTI

 
  1. Sekiranya Ejen dan/atau Squad Leader melanggar Klausa 3(5) di atas, Syarikat berhak secara automatik untuk membatalkan keahlian sebagai Squad Leader selama sebulan dan Squad Leader tidak akan menerima sebarang ganjaran daripada mana-mana Ejen di bawahnya.
  2. Sekiranya terdapat Ejen di bawah Squad Leader yang melanggar Klausa 3 di atas, Squad Leader tidak akan menerima ganjaran untuk Ejen terbabit.
  3. Ejen yang melanggar Klausa 3(5) di atas juga akan digantungkan keahlian sebagai Ejen dan segala pembekalan produk Syarikat akan dibekukan sehingga Ejen terbabit memperbetulkan harga jualan.
  4. Ejen dan Squad Leader yang melanggar Klausa 3(5) hendaklah membayar kepada Syarikat penalti sebanyak RM10,000.00.

10. MASA

 
Masa di mana sahaja yang disebut di sini adalah intipati Perjanjian ini.
 

11. HAD LIABILITI / PENGECUALIAN LIABILITI SYARIKAT

 
  1. Syarikat tidak akan bertanggungjawab dan tiada liabiliti untuk sebarang representasi salah/ salahnyataan / penipuan atau apa-apa yang melanggar undang-undang oleh mana-mana pihak ketiga ke atas produk Syarikat.
  2. Sekiranya mana-mana pihak memutuskan bahawa hubungan perniagaan ini tidak lagi boleh berdamai dan tiada kompromi yang munasabah boleh dicapai, penamatan hubungan perniagaan akan memerlukan tempoh notis 30 hari secara bertulis dan Ejen / Squad Leader akan bertanggungjawab ke atas sebarang pesanan atau bayaran tertunggak yang perlu dibayar dalam tempoh notis itu (jika ada).

12. PENGGUNAAN HARTA INTELEK SYARIKAT

 
  1. Ejen / Squad Leader dilarang menggunakan harta intelek Syarikat seperti cap dagangan, hak cipta, dan lain-lain dalam apa jua cara tanpa kebenaran bertulis daripada Syarikat untuk tujuan selain daripada Perjanjian ini.
  2. Ejen / Squad Leader dilarang daripada membantah atau menafikan hak eksklusif Syarikat atas harta intelek Syarikat.
  3. Ejen / Squad Leader dilarang membungkus semula atau dengan sengaja membenarkan pembungkusan semula produk Syarikat atau dalam apa cara sekalipun, membuat sebarang perubahan pada produk asal atau pembungkusannya. Sebarang perubahan yang dibuat akan menjadi pelanggaran hak cipta dan tindakan undang-undang akan diambil.

13. NOTIS

 
Apa-apa notis atau tuntutan yang perlu disampaikan oleh satu pihak kepada pihak yang lain di bawah peruntukan Perjanjian ini hendaklah secara bertulis dan dianggap telah dihantar secara sempurna melalui pos berdaftar atau serahan tangan yang dialamatkan ke alamat terakhir pihak-pihak.
 

14. PEMBATALAN / PERLANGGARAN PERJANJIAN

 
  1. Syarikat berhak untuk menamatkan perjanjian ini sekiranya Ejen / Squad Leader didapati telah cuai, gagal, melanggar atau mengingkari mana-mana terma atau syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini.
  2. Sekiranya mana-mana syarat dan terma di atas tidak dipatuhi oleh Ejen / Squad Leader, secara langsung, kelayakan dan status sebagai Ejen / Squad Leader akan terbatal dengan serta-merta tanpa sebarang notis daripada Syarikat. 
  3. Syarikat juga berhak membatalkan keahlian mana-mana Ejen / Squad Leader, sekiranya didapati bermasalah dan terdapat aduan daripada pelanggan dengan bukti yang kukuh. 
  4. Ejen / Squad Leader yang gagal membuat pembelian selama ENAM (6) bulan berturut-turut akan dilucutkan keahliannya dan tidak disenaraikan dalam senarai Ejen / Squad Leader aktif. Ejen / Squad Leader tersebut perlu membayar semula yuran komitmen jika ingin mengambil semula stok pada harga Ejen / Squad Leader.
  5. Sekiranya terdapat apa-apa tindakan, kerugian dan/atau tuntutan oleh Syarikat, maka segala kerugian atau tuntutan mestilah diganti bayar dan diindemniti oleh Ejen / Squad Leader kepada Syarikat.
  6. Syarikat berhak untuk membatalkan atau menggantung pesanan Ejen / Squad Leader pada bila-bila masa jika Ejen / Squad Leader menjadi muflis atau tidak solven, Ejen / Squad Leader mesti memaklumkan kepada Syarikat secara bertulis dengan segera jika peristiwa yang disebutkan di atas berlaku.
  7. Jika Syarikat merasakan reputasi dan piawaian Syarikat terjejas semasa menjalinkan hubungan perniagaan, Syarikat juga berhak untuk menamatkan perjanjian ini dengan notis 24 jam.
15. FORCE MAJEURE
 
  1. Syarikat tidak akan bertanggungjawab kepada Ejen dan/atau Squad Leader untuk sebarang kegagalan untuk memenuhi mana-mana terma Perjanjian ini jika pemenuhan itu ditangguhkan dihalang atau dihalang oleh keadaan di luar kawalan Syarikat termasuk tetapi tidak terhad kepada tindakan God force majeure strike lockout rusuhan sivil perbuatan kekecohan atau kekurangan bahan perang atau kelewatan atau keingkaran mana-mana pihak Berkuasa Tempatan atau lain-lain pihak Berkuasa atau sebarang keadaan lain dalam apa jua keadaan di luar kawalan Syarikat.
16. UNDANG-UNDANG
 
  1. Perjanjian ini adalah diperuntukkan di bawah undang-undang Malaysia.
  2. Perjanjian ini hendaklah mengikat pengganti dalam hakmilik dan penerima serah hak Ejen dan waris, wakil peribadi, pengganti dalam hakmilik dan penerima serah hak yang dibenarkan.
  3. Jika mana-mana peruntukan Perjanjian ini menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan dalam apa-apa aspek di bawah mana-mana undang-undang, kesahihan, kesahihan dan kebolehkuatkuasaan peruntukan yang selebihnya tidak akan terjejas atau terjejas dalam apa-apa cara.

B. AKUAN PERSETUJUAN EJEN / SQUAD LEADER

 

Saya telah membaca semua isi kandungan Perjanjian Perlantikan Ejen / Squad Leader HMJ Biz Point Sdn. Bhd. dengan teliti dan memahami serta menerima dan bersetuju dengan semua terma, syarat dan peraturan yang oleh Syarikat sepertimana diperuntukkan dalam perjanjian ini. Sekiranya saya melanggar mana-mana terman syarat dan peraturan dalam perjanjian ini, maka Syarikat berhak mengambil sebarang tindakan undang-undang serta membatalkan kelayakan dan status saya sebagai Ejen / Squad Leader.

*Ini Adalah Cetakan Komputer Dan Tidak Memerlukan Tandatangan